DIA yang SATU....ALLAH

DIA yang SATU....ALLAH

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Didahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan anda dan keluarga beroleh sihat sejahtera.

AJK Surau Al-Amin dengan kerjasama Yayasan ASNITA mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau sesiapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Sumbangan anda boleh dibuat melalui:

Cek di atas nama TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN YAYASAN ASNITA

Bank AFFIN BANK BERHAD no akaun : 100-3000-10-836

Alamatkan kepada Yayasan Asnita, No 281, Ground Floor, Jalan Bandar 11, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

atau boleh terus salurkan sumbangan anda ke no akaun Surau Al-Amin

Bank Muamalat 1402-0003137-71-1

setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan menurut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 no. Ruj:(LHDN.01/35/42/51/179-6.5205).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi setiausaha surau En.Razali bin Alias di talian 012-9029689.

JAWATANKUASA SURAU AL-AMIN

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul - 1 Ummah 1 Malaysia


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari tersebut jatuh pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
 
Setiap tahun pada hari tersebut, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah s.w.t terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah s.w.t akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Salam Maulidur Rasul untuk semua……….

No comments:

Post a Comment