DIA yang SATU....ALLAH

DIA yang SATU....ALLAH

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Didahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan anda dan keluarga beroleh sihat sejahtera.

AJK Surau Al-Amin dengan kerjasama Yayasan ASNITA mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau sesiapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Sumbangan anda boleh dibuat melalui:

Cek di atas nama TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN YAYASAN ASNITA

Bank AFFIN BANK BERHAD no akaun : 100-3000-10-836

Alamatkan kepada Yayasan Asnita, No 281, Ground Floor, Jalan Bandar 11, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

atau boleh terus salurkan sumbangan anda ke no akaun Surau Al-Amin

Bank Muamalat 1402-0003137-71-1

setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan menurut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 no. Ruj:(LHDN.01/35/42/51/179-6.5205).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi setiausaha surau En.Razali bin Alias di talian 012-9029689.

JAWATANKUASA SURAU AL-AMIN

Tuesday, May 8, 2012

GOTONG -ROYONG SURAU YOSOF AL-AMIN


Surau al-amin telah didaftarkan kepada surau yosof al-amain kerana ini ada sejarah pembinaanya dan gotong -royong perdana surau yosof al-amin dengan kerjasama mapj memberi penajaan pokok untuk di tanam sekitar surau........

Wednesday, September 7, 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum pihak admin blog Surau Al-Amin memulakan entri ini, kami memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog ini sekerap mungkin.

Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, Surau Al-Amin telah pun dapat digunakan. Walaupun surau ini masih belum sempurna persiapannya, kami (wakil AJK surau) memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dapan menggunakankan semasa bulan Ramadhan tempoh hari.

Syukur tidak terhingga kerana Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami kerana dapat bersolat fardhu, bertarawih, tahlil, khatam Al-Quran dan berbagai lagi aktiviti yang dapat kami lakukan di Surau Al-Amin.

Untuk gambar aktiviti2 yang dilakukan, Insya-Allah pada entri lain akan di muat turunkan supaya anda semua dapat berkongsi pendapat dan kemeriahan kami dalam mengimarahkankan lagi rumah Allah ini. 

Salam Lebaran Minal Idil Wal Faizin.

-AJK Surau Al-Amin-