DIA yang SATU....ALLAH

DIA yang SATU....ALLAH

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Didahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan anda dan keluarga beroleh sihat sejahtera.

AJK Surau Al-Amin dengan kerjasama Yayasan ASNITA mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau sesiapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Sumbangan anda boleh dibuat melalui:

Cek di atas nama TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN YAYASAN ASNITA

Bank AFFIN BANK BERHAD no akaun : 100-3000-10-836

Alamatkan kepada Yayasan Asnita, No 281, Ground Floor, Jalan Bandar 11, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

atau boleh terus salurkan sumbangan anda ke no akaun Surau Al-Amin

Bank Muamalat 1402-0003137-71-1

setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan menurut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 no. Ruj:(LHDN.01/35/42/51/179-6.5205).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi setiausaha surau En.Razali bin Alias di talian 012-9029689.

JAWATANKUASA SURAU AL-AMIN

Wednesday, September 7, 2011

Salam Lebaran

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum pihak admin blog Surau Al-Amin memulakan entri ini, kami memohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog ini sekerap mungkin.

Untuk pengetahuan para pembaca blog ini, Surau Al-Amin telah pun dapat digunakan. Walaupun surau ini masih belum sempurna persiapannya, kami (wakil AJK surau) memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dapan menggunakankan semasa bulan Ramadhan tempoh hari.

Syukur tidak terhingga kerana Ramadhan kali ini amat bermakna buat kami kerana dapat bersolat fardhu, bertarawih, tahlil, khatam Al-Quran dan berbagai lagi aktiviti yang dapat kami lakukan di Surau Al-Amin.

Untuk gambar aktiviti2 yang dilakukan, Insya-Allah pada entri lain akan di muat turunkan supaya anda semua dapat berkongsi pendapat dan kemeriahan kami dalam mengimarahkankan lagi rumah Allah ini. 

Salam Lebaran Minal Idil Wal Faizin.

-AJK Surau Al-Amin-

Monday, June 13, 2011

LAUNGAN AZAN BERKUMANDANG

IKRAR PERJUANGAN

BERJUANG HINGGA KE AKHIR HAYAT

WARISAN TAMAN BUKIT SEGAR CHERAS

 
INILAH WARISAN PENINGGALAN ORANG TERDAHULU  KEPADA ANAKCUCU PENDUDUK TAMAN BUKIT SEGAR YANG PERLU DIJAGA DAN DIGUNA PAKAI PADA SETIAP WAKTU..

PERKEMBANGAN PROJEK PEMBINAAN SURAU AL-AMIN SETAKAT HARI INI BERTARIKH 13.6.2011

ALHAMDULILALLAH BERSYUKUR KITA KEHADRAT ILLAHI......DENGAN APA YANG KITA HAJATKAN UNTUK MENDIRIKAN RUMAH ALLAH PASTI AKAN MENJADI KENYATAAN...DENGAN ITU TELEBIH DAHULU DI UCAPKAN KEPADA SEMUA AJK PEMBINAAN SURAU YANG SANGGUP BERKORBAN MASA ,TENAGA,WANG RINGGIT MEREDAH HUJAN PANAS UNTUK MENCARI DANA BAGI MENYIAPKAN SATU SURAU YANG DI HAJATKAN.DENGAN APA YANG KITA LAKUKAN BERBEKALKAN SEMANGAT PERJUANGAN DAN HATI YANG IKLAS TANPA MENGHARAPKAN BALAS DI ATAS MUKA BUMI  INI PASTI MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH DAN HANYA ALLAHLAH YANG AKAN MEMBALAS DI AKHIRAT KELAK.PADA HARI INI PROJEK PEMBINAAN SURAU AKAN DI BIAYAI OLEH KERAJAAN PUSAT MELALUI PERUNTUKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI INILAH HASILNYA DENGAN APA PIHAK AJK LAKUKAN...AMIN

Tuesday, June 7, 2011

SURAT MAKLUMBALAS DARI TPM ( 7.6.2011 )

Alhamdulilallah surat permohonan peruntukan dana pembinaan surau  kepada TPM MALAYSIA telah mendapat maklumbalas serta dalam tindakan dari pihak kementerian..Dalam masa yang terdekat pun ada pegawai dari perancang ekonomi negeri telah turun melihat sendiri di tapak pembinaan pihak AJK surau berharap semoga peruntukan itu dapat diluluskan dengan cepat  mungkin kerana bulan ramadhan telah hampir tiba.....Amin

Saturday, June 4, 2011

PROGRESS PROJEK SURAU SETAKAT 80 % PADA 4.6.2011

sesi temuramah di antara pengerusi surau dengan tv3

pembinaan surau setakat 4.6.2011
                                          


















Thursday, April 28, 2011

PROGRESS SURAU AL-AMIN SETAKAT INI

 ALHAMDULILALLAH SETAKAT INI SURAU AL-AMIN SUDAH MENCAPAI TAHAP PEMBINAANYA HAMPIR 50% .DENGAN TIDAK DI SANGKAKAN SUMBANGAN DATANG DARI MANUSIA YANG PERIHATIN TENTANG PEMBINAAN RUMAH ALLAH INI.TETAPI KOS PEMBINAANYA MASIH TIDAK MENGCUKUPI MASIH MEMERLUKAN BANTUAN DANA LAGI.




Wednesday, April 13, 2011

SUMBANGAN DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Ribuan terima kasih di ucapan kepada lembaga zakat selangor kerana di atas pemberian sumbangan dana surau bagi meneruskan pembinaannya

Saturday, March 19, 2011

Perkembangan terkini Surau TBS

Assalamualaikum buat pembaca blog ini....

Terlebih dahulu pihak admin blog memohon kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog sekerap mungkin. Walaubagaimanapun kami sedaya upaya memberi maklumat terkini kepada anda semua.

Untuk pengetahuan anda semua, di bawah ini merupakan gambar2 terkini pembinaan surau Al-Amin, Taman Bukit Segar. Setakat ini pembinaan masih dalam 30% dan kami masih mencari dana untuk pembinaan surau ini.

Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya pembaca dapat menyalurkan sedikit sumbangan serta menghebahkan pencarian dana ini kepada rakan2 yang lain.












Di atas sedikit usaha AJK surau dan Persatuan penduduk Taman Bukit Segar, satu majlis mesra penduduk akan diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad). Program ini adalah salah satu usaha kami untuk mencari dana surau.

Program ini mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Dato' Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras UMNO Dun Pandan YB Abdul Ghani.

Semoga dengan usaha para AJK jalankan mendapat hasil dan keberkatan untuk para penduduk dan pembianaan surau ini. Insya-Allah.