DIA yang SATU....ALLAH

DIA yang SATU....ALLAH

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Didahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan anda dan keluarga beroleh sihat sejahtera.

AJK Surau Al-Amin dengan kerjasama Yayasan ASNITA mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau sesiapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Sumbangan anda boleh dibuat melalui:

Cek di atas nama TABUNG KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN YAYASAN ASNITA

Bank AFFIN BANK BERHAD no akaun : 100-3000-10-836

Alamatkan kepada Yayasan Asnita, No 281, Ground Floor, Jalan Bandar 11, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

atau boleh terus salurkan sumbangan anda ke no akaun Surau Al-Amin

Bank Muamalat 1402-0003137-71-1

setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan menurut subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 no. Ruj:(LHDN.01/35/42/51/179-6.5205).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi setiausaha surau En.Razali bin Alias di talian 012-9029689.

JAWATANKUASA SURAU AL-AMIN

Saturday, March 19, 2011

Perkembangan terkini Surau TBS

Assalamualaikum buat pembaca blog ini....

Terlebih dahulu pihak admin blog memohon kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini blog sekerap mungkin. Walaubagaimanapun kami sedaya upaya memberi maklumat terkini kepada anda semua.

Untuk pengetahuan anda semua, di bawah ini merupakan gambar2 terkini pembinaan surau Al-Amin, Taman Bukit Segar. Setakat ini pembinaan masih dalam 30% dan kami masih mencari dana untuk pembinaan surau ini.

Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya pembaca dapat menyalurkan sedikit sumbangan serta menghebahkan pencarian dana ini kepada rakan2 yang lain.












Di atas sedikit usaha AJK surau dan Persatuan penduduk Taman Bukit Segar, satu majlis mesra penduduk akan diadakan pada 27 Mac 2011 (Ahad). Program ini adalah salah satu usaha kami untuk mencari dana surau.

Program ini mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Pandan, Yang Berhormat Dato' Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras UMNO Dun Pandan YB Abdul Ghani.

Semoga dengan usaha para AJK jalankan mendapat hasil dan keberkatan untuk para penduduk dan pembianaan surau ini. Insya-Allah.